Hampir setiap pejabat din Malaysia hari ini memerlukan sebuah mesin fotostat untuk operasi hariannya.
Sebab itulah terdapat pembekal-pembekal mesin fotostat yang menyediakan pakej sewa bulanan untuk memenuhi keperluan anda.
Tetapi, apakah proses yang terlibat dan faktor-faktor yang perlu anda pertimbangkan sebelum membuat keputusan?
Artikel ini akan menerangkan dengan lebih lanjut untuk membantu anda membuat keputusan yang lebih pintar.
Proses penyewaan mesin fotokopi atau fotostat biasanya dimulakan dengan pertanyaan sebut harga.
Pembekal akan memberikan sebut harga berdasarkan lokasi, jenis mesin fotokopi, dan jenis perkhidmatan. Mereka bahkan mungkin menawarkan perundingan percuma untuk membahas perinciannya.
Seterusnya adalah perbincangan terma dan syarat melalui e-mel atau secara bersemuka. Mereka akan menjelaskan secara terperinci specifikasi mesin dan servis yang anda akan perolehi.
Setelah semuanya disahkan, anda perlu menandatangani perjanjian yang merangkumi pembayaran pendahuluan awal, kos sewa bulanan dan caj meter bulanan dalam tempoh kontrak yang dipersetujui.
Setelah kntrak telah ditandatangani dan bayaran dibuat, pembekal akan menghantar mesin fotostat ke lokasi anda dan memulakan perkhidmatan servis sehingga mesin dikembalikan apabila kontrak tamat.
Sebelum anda menentukan mesin fotostat yang akan disewa, terdapat banyak faktor yang harus anda pertimbangkan. Objektif anda adalah memilih perkhidmatan yang sesuai dengan keperluan dan penggunaan anda.
Mari kita bincangkan 9 faktor yang penting sebelum anda membuat keputusan.
Selain menyewa mesin fotostat secara bulanan, terdapat pembekal yang menawarkan skim sewa-beli.
Skim sewa-beli bermaksud pada akhir tempoh kontrak anda, mesin fotostat tersebut akan menjadi hak milik anda sepenuhnya.
Biasanya, skim ini merangkumi jangka masa kontrak yang lebih panjang tetapi dengan kadar sewa bulanan yang lebih rendah.
Kontrak sewa-beli ini sesuai jika anda berhasrat untuk memiliki mesin tersebut tetapi tidak mempunyai modal permulaan untuk membelinya sekarang.
Semasa memilih mesin fotostat untuk disewa, adalah penting untuk anda mempertimbangkan jenama dan model mesin yang diberikan.
Anda perlu memutuskan sama ada memilih model mesin model lama dengan fungsi terhad (harga lebih murah), atau model baru dan canggih (harga lebih tinggi) yang lebih sesuai dengan keperluan anda di masa hadapan.
Apabila anda memilih model mesin fotostat, anda juga perlu mempertimbangkan kekerapan masa gangguan yang akan dialami. Mesin fotostat yang digunakan lebih kerap mungkin memerlukan servis dan masa ganguan yang lebih panjang.
Oleh itu, semasa menilai mesin yang ditawarkan, anda harus mengetahui had operasi mesin tersebut dan pastikan hadnya memenuhi keperluan harian anda.
Semasa menyewa mesin fotokopi, adalah penting untuk anda mengetahui jangka masa kontrak tersebut. Perjanjian ini akan menentukan tempoh penyewaan anda, sama ada 6 bulan, 1 tahun atau sehingga 5 tahun.
Petua: Jika anda hanya memerlukan mesin fotostat untuk projek yang singkat, boleh pertimbangkan sewa mesin fotostat jangka pendek untuk mengurangkan komitmen anda.
Ia juga menentukan kekerapan bayaran sewa anda sama ada secara bulanan, suku tahunan, atau tahunan. Jenis kontrak yang paling biasa adalah kontrak dengan jumlah cetakan dan sewa bulanan yang tetap.
Biasanya, tempoh kontrak yang lebih panjang akan menawarkan bayaran sewa bulanan yang lebih rendah. Ini juga bermaksud bahawa anda terikat dengan pembekal yang sama untuk masa yang lama walaupun perkhidmatan yang diberi kurang memuaskan.
Sewa bulanan mesin fotostat berbeza bergantung pada model, fungsi, spesifikasi dan kekerapan penggunaan mesin tersebut.
Selain it, ia juga bergantung kepada tempoh kontrak dan jenis mesin yang anda pilih, sama ada mesin fotostat terpakai, recond atau mesin fotostat baru.
Bizcopier Solutions Sdn Bhd menawarkan sewa bulanan mesin fotostat serendah RM110 sebulan. Anda boleh Whatsapp kami untuk mendapatkan sebut harga.
Selain kos sewa bulanan, pembekal mesin fotostat anda juga akan mengenakan caj berdasarkan jumlah cetakan yang dibuat setiap bulan.
Anda mungkin dikenakan bayaran bulanan tetap atau berdasarkan pembacaan meter penggunaan.
Secara amnya, bacaan meter dibahagikan kepada meter cetakan hitam putih dan meter cetakan berwarna. Oleh itu, anda perlu mempertimbangkan kos ini berdasarkan anggaran penggunaan bulanan anda.
Pastikan anda menganggar kedua-dua bayaran (sewa bulanan + caj bacaan meter) untuk mendapatkan tawaran yang terbaik.
Pembekal mesin cetak mungkin menawarkan salinan percuma kepada anda.
Maksud salinan percuma di sini adalah jumlah cetakan yang diberikan secara percuma dalam sebulan.
Sebagai contoh, ‘100 salinan hitam putih percuma’ bermaksud anda tidak akan dikenakan bayaran untuk 100 cetakan hitam putih pertama yang dibuat pada bulan tersebut. Caj pembacaan meter hanya akan dikenakan mulai salinan ke-101.
Terdapat juga pembekal mesin fotostat yang mengenakan cetakan minimum bulanan, yang bermaksud bahawa anda akan dikenakan caj meter untuk jumlah cetakan minimum setiap bulan walaupun anda tidak mencetak sebanyak itu.
Sebagai contoh, ‘100 salinan minimum sebulan’ bermaksud bahawa anda akan dikenakan bayaran untuk 100 cetakan walaupun anda tidak membuat sebarang cetakan bulan tersebut.
Deposit adalah wang cagaran atau pembayaran muka yang perlu dibayar kepada pembekal mesin fotokopi sebagai insurans.
Sekiranya mesin rosak atau anda gagal membuat pembayaran sewa, pembekal akan menggunakan wang ini untuk menanggung kos mereka.
Jika anda yakin bahawa anda adalah penyewa yang baik dan mematuhi syarat-syarat dalam kontrak, anda akan menerima deposit anda semula apabila kontrak tamat.
Sewa pendahuluan juga akan digunakan untuk membayar sebarang tunggakan setelah perjanjian anda tamat.
Kebanyakan pembekal mesin fotostat menawarkan pelbagai perkhidmatan dan jaminan untuk memastikan anda mendapat perlindungan yang diperlukan.
Sebagai contoh, sesetengah pembekal seperti Bizcopier Solutions Sdn Bhd menawarkan penghantaran ke lokasi anda, pemasangan mesin dan latihan staff secara percuma.
Selain itu, kami juga menawarkan servis baikpulih jika berlaku kerosakan, servis penyelenggaraan, bekalan alat ganti dan barang habis pakai (seperti toner dan sebagainya) sepanjang tempoh kontrak.
Apabila anda menyewa sebuah mesin cetak, mungkin terdapat kos tersembunyi yang tidak termasuk dalam harga asal.
Kos tersembunyi ini sering diabai atau dibongkarkan dalam perjanjian apabila isu telah berlaku. Ia termasuk deposit keselamatan, yuran kerosakan sampingan, caj penghantaran, yuran pajakan, dan banyak lagi.
Untuk menjimatkan masa dan wang, pastikan anda mengetahui semua kos-kos sampingan yang mungkin dikenakan sebelum menandatangani perjanjian anda.
Menyewa mesin fotostat adalah pilihan yang lebih mesra bajet untuk bisnes yang lebih kecil.
Ini kerana sewa bulanan yang dibayar merangkumi kos dakwat dan kertas. Jadi tidak ada kos tambahan yang perlu anda tangung.
Berikut adalah beberapa kelebihan jika anda menyewa mesin fotostat:-
Untuk nilai terbaik, anda perlu pertimbangkan bukan sahaja harga sewa mesin fotostat itu sendiri, tetapi bagaimana perkhidmatan ditangani, jenis sokongan yang tersedia dan betapa mudahnya bekerja dengan pembekal anda.
Untuk mengelakkan kemungkinan berlakunya komplikasi di masa hadapan, kami mengesyorkan agar anda berbincang dengan pembekal mesin fotostat yang profesional.
Mereka akan dapat memberikan nasihat & maklumat yang akan mendatangkan manfaat kepada anda. Sekiranya anda sedang mencari pembekal mesin fotostat profesional untuk menasihati anda, sila Whatsapp kami.
03-3341 6296
03-3359 6296
No 17, Jalan Pekan Baru 30A / KU 01, 40150 Klang, Selangor Darul Ehsan.
018-788 6296
© 2023 Bizcopier Solutions Sdn Bhd