Tahukah anda bahawa kertas fotostat dihasilkan dalam pelbagai saiz yang diperlukan untuk pelbagai kegunaan seperti faks, pengimbasan atau pencetakan? Walau bagaimanapun, piawaian untuk ukuran saiz kertas wujud di pelbagai negara dan pada tahun yang berbeza. Ini menyebabkan terdapatnya ukuran kertas yang berlainan piawaian dan menimbulkan banyak kekeliruan. Kebanyakan mesin fotostat di Malaysia menggunakan ukuran kertas yang mengikut piawaian antarabangsa dalam sistemnya. Ini dapat mengurangkan kekeliruan dan membantu dalam menyeragamkan ukuran kertas yang dibekalkan di pasaran. Mari kita terokai saiz kertas yang mengikut piawaian antarabangsa yang sering digunakan di Malaysia. Saiz Kertas Piawaian Antarabangsa Piawaian saiz kertas antarabangsa ialah ISO 216 dan pada asalnya berdasarkan piawaian DIN 476 Jerman. Dokumen ISO 216 menetapkan piawaian antarabangsa untuk pengukuran kertas di kebanyakan negara di seluruh dunia, kecuali di Kanada, Amerika Syarikat, Mexico dan Republik Dominican. Saiz kertas yang biasa digunakan di peringkat antarabangsa terdiri daripada TIGA siri utama iaitu Siri A, Siri B dan Siri C. Ukuran Saiz Kertas Siri A Saiz kertas siri A adalah salah satu saiz kertas yang paling biasa digunakan untuk di pejabat untuk menghasilkan dokumen, laporan dan pembentangan. Saiz kertas berkurang dalam dimensi apabila beralih ke nombor yang lebih tinggi sehingga nombor tertinggi pada skala, iaitu A10. Ini bermaksud saiz kertas A0 adalah paling besar, manakala A10 mempunyai saiz kertas paling kecil. Sehelai kertas dalam siri A, apabila dilipat dua, akan menghasilkan saiz seterusnya yang lebih kecil. Contohnya, saiz kertas A3, apabila dilipat separuh, akan menjadi saiz kertas A4. Jadual Ukuran Saiz Kertas Siri A (mm & inci) Nama Ukuran Kertas (mm) Ukuran Kertas (inci) A0 841 x 1189 mm 33.1 x 46.8 in A1 594 x 841 mm 23.4 x 33.1 in A2 420 x 594 mm 16.5 x 23.4 in A3 297 x 420 mm 11.7 x 16.5 in A4 210 x 297 mm 8.3 x 11.7 in A5 148 x 210 mm 5.8 x 8.3 in A6 105 x 148 mm 4.1 x 5.8 in A7 74 x 105 mm 2.9 x 4.1 in A8 52 x 74 mm 2.0 x 2.9 in A9 37 x 52 mm 1.5 x 2.0 in A10 26 x 37 mm 1.0 x 1.5 in Model Mesin Fotostat Yang Menyokong Saiz Kertas Siri A Ini adalah senarai mesin fotostat Ricoh & Fuji Xerox yang menyokong pelbagai saiz kertas siri A. Model Mesin Fotostat Saiz Kertas Yang Disokong Fuji Xerox DocuCentre – IV C5570 / C4470 / C3370 A5, A4, A3 Fuji Xerox DocuCentre – IV 3065 A5, A4, A3 Fuji Xerox DocuCentre – V C3375 / C4475 / C5575 A5, A4, A3 Fuji Xerox DocuCentre – VII C3373 / C4473 / C5573 A5, A4, A3 Fuji Xerox ApeosPort – V C5575 / C3375 A5, A3 Fuji Xerox ApeosPort C7070 / C6570 / C5570 / C4570 / C3570 / C3070 A5 Ricoh Aficio MP 2555SP / 3055SP / 3555SP A3, A4, A5, A6 Ricoh Aficio MPC 3003 / 3503 / 4503 / 5503 A3, A4 Ricoh MP 3554SP A3, A4, A5, A6 Ricoh MP 5054SP A3, A4, A5, A6 Ricoh MP C3004 / 5504 A3, A4, A5, A6 Jika anda sedang mencari mesin fotostat yang menyokong saiz kertas siri A yang anda perlukan, sila hubungi kami untuk pertanyaan mengenai mesin fotostat di senarai ini. Jadual Ukuran Saiz Kertas Siri B Saiz kertas siri B dicipta untuk menyediakan pilihan saiz lain yang tidak diliputi oleh Siri A. Inilah sebabnya saiz kertas siri B berada di antara 2 saiz siri A. Contohnya, saiz kertas B4 terletak di antara saiz A3 dan A4. Jika anda memerlukan saiz kertas yang lebih kecil daripada A3, tetapi lebih luas berbanding A4, anda boleh mengunakan saiz kertas B4. Siri B juga mengikut konsep yang sama seperti siri A dimana saiznya mengecil ke saiz seterusnya apabila dilipat dua. Contohnya, saiz kertas B3 ialah separuh daripada B2, B2 ialah separuh daripada B1, dan seterusnya. Jadual Ukuran Saiz Kertas Siri B (mm & inci) Nama Ukuran Kertas (mm) Ukuran Kertas (inci) B0 1000 x 1414 mm 39.4 x 55.7 in B1 707 x 1000 mm 27.8 x 39.4 in B2 500 x 707 mm 19.7 x 27.8 in B3 353 x 500 mm 13.9 x 19.7 in B4 250 x 353 mm 9.8 x 13.9 in B5 176 x 250 mm 6.9 x 9.8 in B6 125 x 176 mm 4.9 x 6.9 in B7 88 x 125 mm 3.5 x 4.9 in B8 62 x 88 mm 2.4 x 3.5 in B9 44 x 62 mm 1.7 x 2.4 in B10 31 x 44 mm 1.2 x 1.7 in Model Mesin Fotostat Yang Menyokong Saiz Kertas Siri B Kertas siri B juga banyak digunakan dalam kebanyakan mesin fotostat yang terkini seperti model berikut. Model Mesin Fotostat Saiz Kertas Yang Disokong Ricoh Aficio MP 2555SP / 3055SP / 3555SP B4, B5, B6 Ricoh MP 3554SP B4, B5, B6 Ricoh MP 5054SP B4, B5, B6 Ricoh MP C3004 / 5504 B4, B5, B6 Jadual Ukuran Saiz Kertas Siri C Kertas siri C digunakan terutamanya untuk sampul surat dan dimensinya ditentukan oleh Piawaian Antarabangsa ISO 269. Kertas siri C ini tidak biasa digunakan dalam mesin fotostat di pejabat. Oleh itu, kebanyakan mesin fotostat untuk pejabat tidak menyokong saiz kertas ini. Jadual Ukuran Saiz Kertas Siri C (mm & inci) Nama Ukuran Kertas (mm) Ukuran Kertas (inci) C0 917 x 1297 mm 36.1 x 51.5 in C1 648 x 917 mm 25.5 x 36.1 in C2 458 x 648 mm 18.0 x 25.5 in C3 324 x 458 mm 12.8 x 18.0 in C4 229 x 324 mm 9.0 x 12.8 in C5 162 x 229 mm 6.4 x 9.0 in C6 114 x 162 mm 4.5 x 6.4 in C7 81 x 114 mm 3.2 x 4.5 in C8 57 x 81 mm 2.2 x 3.2 in C9 40 x 57 mm 1.6 x 2.2 in C10 28 x 40 mm 1.1 x 1.6 in Ukuran Saiz Kertas Amerika Yang Sering Digunakan Amerika Utara, yang merangkumi Amerika Syarikat, Kanada, dan bahagian Mexico, adalah satu-satunya kawasan dunia pertama yang tidak menggunakan standard ISO 216. Mari kita lihat ukuran saiz kertas Amerika yang …
Read more “Ukuran Saiz Kertas Yang Digunakan Oleh Mesin Fotostat”