Mesin Fotostat: Lebih Baik Sewa atau Beli?
Mesin fotostat sudah berada di pasaran semenjak tahun 1938 lagi. Sejak perlancarannya, ianya sudah menjadi satu alat kemestian di semua pejabat. Kebanyakan pemilik bisnes bertarung dengan satu persoalan penting ketika merancang untuk menyertainya ke dalam pejabat mereka. Patutkah aku beli atau sewa mesin fotostat? Artikel ini akan cuba sehabis baik dalam membantu anda menjawab persoalan di atas ini. Kita akan membincangkan kebaikan dan keburukan dalam membeli dan menyewa mesin fotostat untuk kegunaan bisnes anda. Miliki Mesin Fotostat Secara Pembelian Terus Sebelum anda bersedia untuk membeli mesin fotostat ini, mari kita pertimbangkan dahulu beberapa kebaikan dan keburukan membeli mesin fotostat. Kebaikan membeli mesin fotostat Lebih jimat Tidak perlu proses dokumentasi Anda dapat fleksibiliti dan kawalan Insentif cukai Tidak perlu kontrak Peroleh semula pelaburan anda Keburukan membeli sebuah mesin fotostat Saya setuju bahawa kelebihan-kelebihan dalam membeli mesin fotostat adalah sangat menarik. Namun, sebelum anda tergesa-gesa untuk membelinya, cuba lihat dahulu antara kekurangan membeli mesin fotostat seperti di bawah ini: Kos permulaan yang tinggi Kos gantian Kekurangan penyeragaman Sewa Mesin Fotostat Secara Bulanan Sebelum kita bercerita tentang kebaikan dan kekurangan menyewa mesin fotostat, mari kita periksa dahulu jenis kontrak sewaan yang wujud dalam menyewa mesin fotostat. Jenis Sewaan Mesin Fotostat Secara am, sewaan mesin fotostat boleh dikategorikan kepada dua: 1. Sewa Operasi 2. Pajakan modal (sewa beli) Kebaikan menyewa mesin fotostat Semasa menyewa mesin fotostat, adalah amat penting untuk anda pertimbangkan jenis sewaan (sewa operasi atau sewa beli) yang bakal anda tandatangani. Bisnes selalunya akan memilih sewa operasi berbanding sewa beli kerana ianya mempunyai insentif cukai dan bayaran bulanan yang lebih rendah. Oleh itu, mari kita lihat apakah kelebihan sewa operasi sesebuah mesin fotostat. Elakkan mesin daripada menjadi tidak relevan Teknologi yang terkini Mudah Kos awal yang rendah Pengurangan kadar cukai Keburukan menyewa mesin fotostat Kos perbelanjaan yang lebih tinggi Terikat dengan kontrak Kurang fleksibel dan tiada kawalan sendiri Patutkah Anda Membeli atau Menyewa Mesin Cetak? Mesin cetak adalah salah satu alat keperluan yang paling penting dalam pengendalian sesebuah pejabat secara fizikal. Pilihan untuk membeli mungkin tidak sesuai untuk mana-mana syarikat kecil atau bisnes baru dari segi kos. Dalam kes ini, menyewa adalah pilihan yang paling bijak. Namun begitu, sekiranya syarikat anda hanya inginkan teknologi dan ciri-ciri asas sahaja, membeli adalah pilihan yang wajar dan ia lebih menjimatkan kos dalam jangka masa panjang. Pilihan anda amat bergantung kepada jenis bisnes dan matlamat dalam buah fikiran anda. Artikel ini telah membincangkan secara terperinci mengenai kebaikan dan keburukan samada dalam membeli atau menyewa mesin fotostat. Kami harap ianya dapat membantu anda dalam membuat keputusan yang rasional! Nak tahu lebih lanjut lagi tentang menyewa atau membeli mesin cetak? Hubungi kami sekarang untuk sesi konsultansi sekarang. Bizcopier Solutions Sdn Bhd menawarkan pakej sewa mesin fotokopi yang kompetitif untuk bisnes di KL & Selangor. Soalan yang Selalu Ditanya Mengenai Pembelian atau Penyewaan Mesin Fotostat Bolehkah saya pilih untuk membeli mesin fotostat sebelum kontrak sewaan tamat? Sesetengah pembekal mesin fotostat ada menyediakan pilihan untuk membeli mesin fotostat semasa tempoh sewaan. Ini adalah cara untuk memiliki mesin fotokopi yang disewa pada bila-bila masa semasa dalam tempoh sewaan. Pihak syarikat penyewa akan menentukan harga pembelian bergantung kepada nilai semasa mesin fotostat dan berapa baki bayaran yang masih tinggal. Memilih untuk membeli adalah pilihan yang bagus apabila perjanjian sewaan tidak dapat memenuhi keperluan anda. Berapa lamakah tempoh sebuah kontrak sewaan mesin fotostat? Ia bergantung kepada syarat kontrak. Secara umum, tempoh sewaan adalah biasanya 24 bulan atau 36 bulan. Sekiranya anda mahu, anda boleh memilih untuk melanjutkan tempoh sewaan anda. Perlukah saya membeli insurans untuk mesin fotostat? Ya, anda disarankan untuk membeli insurans bagi melindungi syarikat anda daripada sebarang tindakan undang-undang. Ini merupakan syarat penting bagi beberapa syarikat penyewaan mesin fotostat apabila anda menyewa dengan mereka. Insurans mesin fotostat dan mesin cetak akan merangkumi situasi di mana mesin anda musnah akibat kecelakaan atau kemalangan seperti kebakaran, kilat, litar pintas, gempa bumi dll. Polisi ini juga akan merangkumi kos perbelanjaan guaman dan kos-kos lain yang berkaitan. Bolehkah saya tambah tempoh sewaan? Ya, anda boleh. Ia bergantung kepada penyedia servis anda. Beberapa penyedia servis akan memberi pilihan kepada pelanggan untuk menambah tempoh sewaan. Jika anda sedang mencari pembekal mesin fotostat, Bizcopier Solutions Sdn Bhd menyediakan servis sewa mesin fotostat yang berpatutuan. Sila Whatsapp kami. untuk mendapatkan sebut harga.