Cara Menamatkan Perjanjian Sewa Mesin Fotostat (Contoh Surat Penamatan Kontrak Sewa Mesin Fotostat)
Penyewaan mesin fotostat bukanlah sesuatu yang baru bagi sebarang bisnes. Sekiranya anda sedang membaca artikel ini, ada di antara anda mungkin sedang tersangkut dengan sebuah mesin fotostat yang tidak lagi memberi faedah kepada perniagaan anda. Jadi, soalan sebenarnya yang anda inginkan jawapan ialah – Bagaimana nak tamatkan perjanjian sewa mesin fotostat yang tidak lagi sesuai untuk bisnes anda. Betul? Artikel kami ini akan memperbincangkan tentang bagaimana anda dapat membebaskan perniagaan anda daripada perjanjian sewa mesin fotostat dengan risiko dan impak kewangan yang paling minimum. Apakah itu Perjanjian Sewa Mesin Fotostat? Sebuah persetujuan sewaan mesin fotostat adalah sebuah kontrak perjanjian antara syarikat penyewaan mesin dengan sesebuah perniagaan. Perjanjian ini di kuatkuasakan melalui undang – undang. Syarikat penyewa membenarkan perniagaan/bisnes untuk menggunakan mesin fotostat mereka dan mengenakan caj sewaan bulanan. Tempoh perjanjian sewaan selalunya adalah selama satu hingga tiga tahun. Ada juga di antara penyedia sewaan ini menawarkan pilihan kepada syarikat yang menyewa untuk membeli mesin tersebut di akhir tempoh sewaan. Teknologi cetakan semakin maju hari demi hari, dan semua dalam pasaran sentiasa menggantikan mesin fotostat mereka dengan mesin fotostat yang lebih baru dengan ciri-ciri yang lebih canggih. Cuba bayangkan anda telah melabur di sebuah mesin fotostat berteknologi tinggi di ofis anda. Dengan kadar kemajuan teknologi sekarang, kebarangkalian adalah tinggi bahawa mesin fotostat and aitu nanti tidak begitu berguna dalam masa beberapa tahun akan datang. Jadi, ini menjadikan pilihan untuk menyewa mesin fotostat adalah lebih masuk akal. Bagaimana Proses Sewa Mesin Fotostat Ini Berfungsi? Pelbagai syarikat penyewaan mesin fotostat akan membekalkan sewaan mesin fotostat selepas anda menandatangani kontrak. Kontrak selalunya akan berfungsi dalam tempoh 12 hingga 60+ bulan, bergantung kepada persetujuan awal dengan pembekal mesin fotostat. Pastikan anda sudah membaca semua klausa persetujuan sebelum tandatangan. Anda akan selalunya mendapati bahawa anda penyewa bertanggungjawab dalam pemilihan vendor dan kualiti servis yang anda akan terima. Walaubagaimana pun, setelah anda tandatangani kontrak, kontrak adalah sama terikat untuk kedua-dua pihak. Sewa Mesin Fotostat vs Perjanjian Servis Sewaan mesin fotostat hanya berkisar tentang mesin fotostat yang di sewa, perjanjian servis pula mengandungi lebih banyak aspek termasuklah bilangan tempahan, bantuan daripada jauh, penyelenggaraan mesin, perkhidmatan waktu henti mesin dan lain-lain lagi. Jadi, secara ringkasnya sebuah perjanjian servis ialah kontrak yang anda akan buat bersama penyedia servis berkenaan semua servis yang akan mereka bekalkan kepada anda pada sekian-sekian harga. Jenis-jenis perjanjian sewa mesin fotostat yang wujud? Ada dua jenis persetujuan sewaan mesin fotostat. Pertama adalah Persetujuan Sewaan Mesin Fotostat Pintar, dan satu lagi adalah Sewaan Nilai Pasaran Adil (SNPA). Persetujuan yang pertama menggabungkan servis dan langganan sewaan anda ke dalam satu persetujuan yang sama. Ini sangat membantu jika anda mempunyai beberapa lokasi berasingan dan ingin menerima semua bil ke dalam satu bil yang sama setiap bulan. Ianya bermanfaat untuk perniagaan kerana mereka akan menerima penyatuan bill bulanan mudah berbanding perlu membayar nya secara berasingan. Dalam Sewaan Nilai Pasaran Adil (SNPA), persetujuan sewaan adalah berkecuali daripada langganan servis, menjadikan ianya lebih mudah untuk membatalkan kontrak tersebut. Sekiranya anda perlu membayar pelbagai bil berlainan, SNPA kelihatan lebih rumit, tetapi ianya lebih berbaloi jika anda adalah hanya satu bisnes. Anda tetap perlu melunaskan pembayaran mesin fotostat anda, tetapi ianya memberi anda fleksibiliti untuk menukar penyedia servis sewaan mesin fotostat anda. Persetujuan sewaan pintar pula agak sukar bagi perniagaan jika anda cuba untuk menamatkan persetujuan servis mesin fotostat. Tetapi sekiranya anda gembira dengan keadaan semasa penyedia servis anda, ianya adalah bijak untuk anda memilih jenis sewaan mesin fotostat pintar di mana anda akan mendapat bil secara kelompok pada hujung bulan kelak. Apa yang perlu anda kaji dalam perjanjian servis mesin fotostat anda? Apabila and amula meneliti kontrak anda, pastikan pemeriksaan yang teliti di jalankan untuk klausa-klausa di bawah: Kenapa Kos Servis Mesin Fotostat Anda Meningkat? Apabila anda menandatangani sebuah kontrak servis mesin fotostat, syarikat penyedia servis akan membekalkan sebuah mesin fotostat baru kepada anda. Untuk setahun dan dua tahun pertama, pastinya tidak akan ada sebarang masalah berkenaan fungsi mesin tersebut. Tetapi, semakin lama tempoh masa, masalah-masalah mula muncul, ada bahagian dan alat yang perlu di baiki dan di ganti. Juruteknik mesin akan menggunakan alat “Pencegahan Penyelenggaraan” untuk memastikan mesin terus berfungsi dengan lancar. Jadi, jika anda terfikir kenapa kos servis mesin fotostat anda semakin meninggi tahun demi tahun, ianya adalah kerana mesin anda semakin tua dan juruteknik perlu menggantikan alat dalaman lama kepada yang baru. Apa Yang Perlu Anda Kaji Sebelum Membatalkan Perjanjian Sewa Mesin Fotostat? Jika anda ada merancang untuk menyewa sebuah mesin fotostat, ada beberapa aspek utama yang mesti anda ambil kira sebelum bersetuju dengan sebarang kontrak. Kebanyakan kontrak di cipta untuk melindungi pihak yang mengeluarkan kontrak tersebut daripada pelbagai situasi. Ini adalah beberapa perkara yang perlu anda periksa terlebih dahulu di dalam sebuah penyewaan mesin fotostat: Perlanggaran Kontrak Undang-undang Malaysia sangat tegas dalam melaksanakan sebuah kontrak melibatkan servis, jadi ianya sangat mencabar untuk melanggar sesebuah kontrak sewaan mesin fotostat. Satu satunya cara untuk tamatkan kontrak adalah melalui kecuaian kasar daripada pihak penyedia servis. Sekiranya anda merasakan servis mereka adalah perlahan atau mesin mula rosak, anda boleh menambah isu kecuaian kasar ini.Akan tetapi, buat masa ini masih tiada peruntukan undang-undang lagi untuk isu ini. Untuk mengetengahkan isu kecuaian kasar ini, ianya mesti lah datang daripada sudut yang ekstrim, di mana contoh nya seperti tidak pernah datang untuk membaiki mesin setelah berulang kali memberi ulasan atau tidak pernah menyelenggara langsung mesin fotostat anda. Sesebuah penyedia servis yang berkualiti pastinya akan membina jenama dan kepercayaan terhadap syarikat mereka melalui ap acara sekalipun, walaupun mereka terpaksa mengakui kesilapan mereka dan membenarkan syarikat anda untuk menamatkan persetujuan ini. Pembaharuan automatik Ini merupakan sebuah klausa yang wujud dalam persetujuan kontrak di mana ianya membenarkan pihak penyedia servis untuk memperbaharui sesuatu persetujuan dengan mana mana bisnes. Sekiranya wujud klausa ini dalam kontrak, anda perlu memberi surat notis sekurang-kurangnya 30 hingga 60 hari sebelum menamatkan kontrak anda. Kegagalan untuk membuat sedemikian akan mengakibatkan kontrak di perbaharui secara automatic selama 12 bulan lagi (bergantung pada persetujuan). Pastikan anda sedar sepenuhnya mengenai prosedur pembatalan kontrak bersama pihak penyedia mesin fotostat. Caj penamatan awal Sebelum memasuki sebarang kontrak, pastikan anda sedar …